Netizen pertikai Kejohanan bina badan di Kedah disertai peserta wanita, ‘siapa luluskan?”

Netizen pertikai Kejohanan bina badan di Kedah disertai peserta wanita, ‘siapa luluskan?”

Kalau sebelum ni tular beberapa keping gambar tetamu Kedah Fashion Week yang hadir berpakaian separa telanjang, kini negeri Kedah sekali lagi menjadi bualan dan tohmahan netizen.

Terbaru, negeri dengan jolokan nama jelapang padi itu teruk dikecam netizen gara-gara penganjuran Mr Malaysia 2022 yang diadakan di Hotel Grand Alora pada 27 hingga 28 Ogos yang lalu.

 

Ini kerana, pertandingan yang memerlukan pesertanya menayangkan badan mereka yang sasa itu turut disertai peserta wanita.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan tindakan pihak penganjur yang membenarkan peserta wanita untuk menyertai pertandingan tersebut.

Kredit: Twitter yaniee | Facebook Sensasi Terkini