Nenek tinggalkan peta untuk cari kunci peti besi, tapi dalam peti itu hanya ada…

Nenek tinggalkan peta untuk cari kunci peti besi, tapi dalam peti itu hanya ada…

Dalam sebuah video yang telah meraih perhatian di Twitter baru-baru ini, seorang pemuda dilihat sedang menemani neneknya yang sakit di atas katil. Wanita tua itu yang sedang memakai bantuan oksigen kemudian menunding ke arah almarinya untuk menyuruh cucunya mengambil sesuatu.

Lelaki tersebut kemudian membuka almari dan menemui sebuah peti besi dengan peta untuk mencari kunci peti besi neneknya itu.

Tanpa membuang masa, lelaki tersebut mengikut panduan pada peta di mana di perlu masuk ke dalam hutan dan mendaki bukit, memasuki gua, dan merentasi sungai sehinggalah dia sampai di tapak kunci itu ditanam.

Selepas menggali tanah dan menemui kunci yang disembunyikan, pemuda itu kembali ke rumah untuk membuka peti besi neneknya.

Menyangka ada barang berharga di dalam peti besi itu, lelaki berkenaan keliru yang ada hanya gambar neneknya sedang menunjukkan jari tengah. Malah apabila dia pusing ke belakang, dia melihat neneknya sedang mengejeknya dengan isyarat yang sama sambil tersengih jahat, menandakan dia telah kena game.

Kesudahan video tersebut yang tidak diduga ternyata mengundang dekah penonton kerana rata-ratanya turut tertipu dengan orang tua tersebut.

“Kesungguhan dia…”

“Cabut bantuan pernafasan dia…”

“Aku tengok dengan muka yang serius…”