Neelofa teruja & cemburu, Athisha Khan sedapur dengan Gordon Ramsay

Neelofa teruja & cemburu, Athisha Khan sedapur dengan Gordon Ramsay

Sebut sahaja nama chef bertaraf antarabangsa. Gordon Ramsay pasti ramai kenal dengan personaliti ini. Dan, kalau nak tahu, semalam merupakan hari perasmian pembukaan restoran miliknya yang berada di ibu kotak Kuala Lumpur.

Sewaktu hari kejadian, adik kepada selebriti dan usahawan, Neelofa iaitu Athisha Khan dijemput sebagai salah seorang individu bertuah untuk sedapur dengan Ramsay.

 

 

Malah, dia turut berkongsi detik bersejarah tersebut di platform media sosial miliknya seperti di Instagram dan TikTok.

@athisha.khan

i’m not an idiot sandwich i’m a winnaaaa 🏆

♬ original sound – athisha khan

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Athisha, dia bersama pempengaruh yang lain diajar untuk menyediakan dessert dan menariknya turut dipilih sebagai pemenang hidangan pencuci mulut terbaik.

OMG Bestnya!

Malah, perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuklah beberapa selebriti seperti Mira Filzah, Ramona Zamzam, Adriana Adnan dan ramai lagi.

 

 

Neelofa teruja & cemburu Athisha jumpa chef kesukaan

Sementara itu, kakak kepada Athisha iaitu Neelofa juga tidak ketinggalan meluahkan rasa teruja melihat perkongsian Athisha bersama chef kegemarannya.

Dedah selebriti berusia 33 tahun, dia kerap menonton program itu ketika sedang hamilkan anaknya, Muhammad Bilal.

“Dia tahu tak saya tengok show dia ini bertahun-tahun dah. Masa hamil Bilal lagi banyak saya tengok… Sampai pak ustad (Haris) pelik,”tulisnya.

Sumber: Instagram @athishakhan, TikTok @athisha.khan