Neelofa sumbang 15 katil elektronik kepada Hospital Melaka, doktor ucap terima kasih

Neelofa sumbang 15 katil elektronik kepada Hospital Melaka, doktor ucap terima kasih

Usahawan serta selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa dikatakan telah memberi sumbangan sebanyak 15 katil elektronik bagi kegunaan pesakit COVID-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka.

Neelofa sumbang 15 katil

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir di akaun TikToknya, petugas barisan hadapan berkenaan memaklumkan bahawa Neelofa telah menyumbang sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit-pesakit COVID-19.

Di dalam video berkenaan, doktor itu turut mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Neelofa atas sumbangan katil yang sangat diperlukan pada ketika ini.

Bagi mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka dan juga rakyat negeri melaka, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit COVID-19.

‘Terima kasih Neelofa di atas sumbangan’

@abdulrahmanabdulkadir1

Terima kasih @neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit Covid di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka. #frontliner

♬ Ya Maulana (2020 Remaster) – Sabyan

‘Nampak tak Neelofa sedekah diam-diam je’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan berterima kasih kepada Neelofa kerana telah menyumbangkan katil berkenaan kepada pihak hospital. Malah ada juga di antara mereka yang memuji tindakan Neelofa yang bersedekah secara diam-diam.

Sumber : abdulrahmanabdulkadir1 & abu_hudzaifah78