Nampak megah dari luar, rupanya ini ‘view’ dari dalam Menara Condong yang ramai tak pernah tengok

Nampak megah dari luar, rupanya ini ‘view’ dari dalam Menara Condong yang ramai tak pernah tengok

Sejak berabad lamanya, pelbagai mercu tanda atau bangunan ikonik yang telah dibina di seluruh dunia. Setiap mercu tanda itu ‘memahat’ 1001 kisah dan sejarah yang terus diingati sehingga kini dan sudah tentulah ia menjadi daya penarik bagi orang ramai untuk terus berkunjung.

Pembinaan setiap bangunan juga menunjukkan kebolehan manusia pada zaman dahulu dalam aspek seni bina yang mempunyai ciri yang sangat unik dan tersendiri.

Menara Condong Pisa

Salah satu mercu tanda yang terkenal di dunia adalah Menara Condong Pisa yang terletak di bandar Pisa, Itali. Ia menjadi lokasi wajib untuk bergambar jika berada di negara itu.

Di bahagian luar, menara lapan tingkat itu kelihatan indah dengan keajaiban marmar putih yang diukir. Pun begitu, bagaimana pula dengan bahagian dalam? Adakah ia dilengkapi dengan ruang istimewa yang boleh dilawati oleh pengunjung?

Di dalamnya kelihatan seperti terowong

Untuk pengetahuan, di dalamnya hanyalah terdapat ruang kosong ‘berongga’ yang kelihatan seperti terowong.

 

Namun pengunjung tetap boleh masuk ke dalam menara itu dan menaiki tangga berliku yang telah disediakan. Walaupun di dalamnya tiada apa-apa, tingkat teratas menara itu menyediakan pemandangan yang indah untuk pengunjung, membuatkannya sentiasa dikunjungi oleh orang ramai.

Di bahagian atas dalam menara itu, terdapat silinder besar yang digantung di dinding dengan kawat berukuran sekitar 150 kaki. Ia kelihatan seperti pendulum gergasi yang menunjukkan kecondongan besar monumen itu.

Dibina untuk menempatkan loceng

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa menara condong ini dibina. Difahamkan, ia dibina dengan tujuan untuk menempatkan loceng besar.

Menurut Tower of Pisa, ruang yang menempatkan loceng itu mempunyai 16 gerbang.

Bagi yang belum tahu, menara itu sebenarnya direka dalam bentuk menegak tetapi ia mula condong semasa pembinaan. Ia mula dibina pada Ogos 1173 dan berterusan selama kira-kira 200 tahun kerana bermulanya siri peperangan.

Banyak idea yang telah dicadangkan untuk ‘meluruskan’ kembali menara iu termasuk mengasingkan batu demi batu dan membina semula di lokasi yang berbeza. Namun ia tetap berdiri megah sehingga kini.

Sumber: DailyhindnewsTower of Pisa