Nampak macam baby bump, Netizen dakwa Puteri Sarah hamil anak ketiga?

Nampak macam baby bump, Netizen dakwa Puteri Sarah hamil anak ketiga?
Perkongsian beberapa keping foto terbaharu pelakon Puteri Sarah memakai baju dan skirt berwarna krim serta tudung sarung merah jambu di laman Instagram menarik perhatian netizen.
Selain memuji kecantikan semula jadi, rata-rata netizen tertarik melihat bahagian perut Puteri Sarah yang kelihatan seakan-akan ‘baby bump’, lantas tercetus spekulasi aktres itu sedang hamil.
“Wah baby bump. Kalau betul, Alhamdulillah.
“Hamil ke?” komen netizen.
Bagi mendapatkan pengesahan mengenai pertanyaan daripada netizen di laman sosial, Gempak menghubungi sendiri isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof.
Mengakui kini sedang melalui fasa bahagia, Puteri Sarah bagaimanapun memberitahu dia belum lagi hanil cahaya mata ketiga namun berharap semua peminat dapat mendoakannya.
“Saya tak pregnant, tapi saya memang semakin berisi. Apa yang boleh saya katakan, saya tengah bahagia tapi doakan (hamil),” kata Puteri Sarah ketika dihubungi Gempak pada Jumaat.
Beberapa hari lalu, Puteri Sarah menjelaskan dia sudah pun menerima tarikh perbicaraan daripada mahkamah mengenai isu melibatkan seorang wanita yang didakwa menggangu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Menerusi perkongsian di Instagram pada 14 Oktober lalu, Sarah dilihat telah pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) bagi mendapatkan penjelasan terkini berhubung kesnya tersebut.
Menurut Sarah, 37, selepas mendengar penerangan pihak JAWI, dirinya amat berpuas hati dan akui jelas dengan situasi kes yang sedang dihadapinya itu namun, apa yang diketahuinya itu tidak boleh didedahkan kepada umum.
Pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar telah dipanggil ke pejabat JAWI.
Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu.

Alhamdulillah kalau betul

 

Nampak ‘baby bump’

 

Namun begitu, Sarah tidak membiarkan orang ramai tertanya-tanya apabila memaklumkan bahawa dia memilih untuk kelihatan lebih berisi berbanding keadaan fizikal yang kurus.

“Tak nak diet nanti badan sekeping macam batang mop! Biar berisi tembam,” ulas Sarah dalam salah satu pertanyaan netizen.

Kena cukup makan, jaga anak aktif – Sarah

Untuk rekod, dia berkahwin dengan pengarah popular Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

 

 

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana