Nampak lebih “Fresh”, Netizen kongsi logo baharu “Hypermarket” Giant buat ramai teruja
Mempunyai banyak cawangan di Malaysia, Giant menjadi salah satu pasar raya yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai.
Sudah lebih 40 tahun bertapak di negara ini, Giant kini sudah bertukar wajah dengan logo baharu yang kelihatan lebih ‘fresh’.
Mungkin ramai yang belum tahu, logo tersebut kelihatan sangat berbeza kerana ia tidak menggunakan font seperti yang lama. Logo itu juga dihiasi sepenuhnya dengan warna hijau.
Menurut Facebook rasmi Giant Malaysia, logo itu diperkenalkan pada awal bulan April.
Menerusi laporan Bernama pada 8 April lalu, penjenamaan semula pasar raya itu bukan sahaja dilihat menerusi logo baharu tetapi turut melibatkan perubahan yang besar di beberapa bahagian pasar raya.
Penggunaan logo baru itu sememangnya menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang suka dan merasakan bahawa ia merupakan imej yang lebih segar dan ada juga yang lebih suka logo yang lama.