Nafi dakwaan diri scammer, Azra pertikai tindakan Ellie Suriaty

Nafi dakwaan diri scammer, Azra pertikai tindakan Ellie Suriaty

 

 

 

 

Penulis skrip, komposer dan novelis, Azra Diera Abdul Hamid hangat menjadi bualan warganet apabila didakwa tidak wujud dan hanya mahu menipu pelakon Azri Iskandar sahaja.

Terbaru, wanita berusia 42 tahun itu tampil mengulas dakwaan tersebut dan mengatakan dirinya bukanlah seorang scammer seperti yang dianggap boleh banyak pihak.

Menurut laporan Getaran, Azra tidak mahu mengambil peduli sekiranya ramai mempersoalkan wajah tiada di platform digital atau namanya tidak dikenali oleh pihak produksi sekalipun.

Jelas Azra, nama tersebut hanyalah sekadar nama samaran yang digunakan olehnya.

“Mereka nak anggap apa-apa pun, terpulanglah. Saya tak perlu nak munculkan diri atas desakan atau paksaan orang lain. Saya bukanlah buat jenayah pun,”jelas Azra.

Tambah Azra, cukuplah hanya Azri sahaja mengetahui betapa sayangnya dia dan bukannya dengan bantuan orang lain membuat penilaian mengenai hubungan mereka.

“Azri dah jumpa saya dan dia tahu sejauh mana saya sayangkan dia. Saya juga tidak memerlukan orang lain untuk menilai hubungan kami.

“Perlukah orang yang sudah tiada kena-mengena dengan hidup Azri ganggu hidupnya? Privasi atau kehidupan peribadi?

“Kenapa perlu nak tunjukkan rasa insecure? Masih ada hati nak bersama lagikah?”kata Azra.

Mengulas lanjut dakwaan liar tersebut, Azra memberitahu Azri bukanlah mangsa yang sesuai sekiranya dia mahu ‘scam’ lelaki itu kerana dia sedia maklum akan situasi semasa pelakon itu.

“Kalau saya scammer, Azri bukanlah orangnya (mangsa). Azri tengah susah sekarang dan saya yang tolong dia.

“Scammer takkan cari orang yang ada masalah,”terang Azra apabila ditanya oleh Getaran.

Azra suka tengok perubahan Azri

Selain itu, Azra meluahka kegembiraan melihat perubahan pada diri Azri sejak pelakon itu berkenalan dengan dirinya.

“Saya gembira tengok perubahan dia. Dulu saya kenal dia sebagai seorang lelaki yang penuh dengan rasa tertekan dan  bermasalah.

“Sekarang, semua itu semakin hilang dan kegembiran dan keceriaan dia dapat dilihat dengan jelas. Jumpalah dia kalau rasa apa yang saya cakap ni tak betul. Tengok sendiri Azri versi baharu” katanya lagi.

Jelas Azra lagi, sekiranya dia ‘jahat’, dia sendiri boleh pergi dan tinggalkan Azri sekiranya dia mahu. Tetapi, dia menetapkan pendirian untuk terus kekal menyayangi pelakon berusia 54 tahun itu.

Baginya, membangunkan kerjaya dan menghalalkan hubungan mereka adalah tumpuan hidupnya pada masa sekarang bagi mengecapi kehidupan yang bahagia.

“Tapi, saya sayang dia. Saya tak sanggup lukakan hati dia. Azri makin bersemangat sekarang. Dia ada impian hidup yang dia tak pernah capai sebelum ini.

“Lagi satu, saya nak betulkan kenyataan pihak sebelah sana. Saya bukan peminat Azri Iskandar. Saya tak tengok lakonan Azri.

“Sebaliknya, Azri adalah peminat tulisan-tulisan saya dan dia sendiri cakap tentang hal ini dulu,” katanya lagi.

Sumber: OMM