Nabil Ahmad gembira sedekah hari jumaat, berhabis RM3,560 belanja rakan sekerja di Starbucks
Pelawak dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad meraih perhatian netizen apabila dia tidak kedekut dalam membelanjakan wangnya sendiri sebanyak RM3,560 untuk membeli minuman dan bekas tumbler di Kafe Starbucks buat rakan sekerjanya di radio Era.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @era.kje di laman TikToknya, kelihatan Nabil bersama rakan yang lain singgah ke kafe itu ketika dalam perjalanan program Touera 2022 di Kedah Darul Aman.
@era.je Mula-mula harga kopi rm300 je guys, @nabilzira cakap murah sangat. Dia suruh ambik tumblr. Last-last bil kena rm3k . Lain macamlah Nabil punya pemurah. 😂 Thank you @nabilzira belanja kitaorang harini. #sharERA #3PagiERA
Alhamdulilah, bagusnya Nabil ni..rajin bersedekah
Difahamkan, pada awalnya Nabil hanya mahu membayar minuman yang ditempah namun, selepas dipujuk oleh rakan-rakannya untuk belanja bekas minuman Starbucks, dia menuruti sahaja permintaan mereka yang berjumlah RM3,560.
Sifat pemurah yang ditunjuk oleh penyampai radio yang berusia 39 tahun itu mendapat pujian netizen dimana dia antara selebriti yang tidak pernah kedekut dalam memberikan sesuatu kepada orang di sekelilingnya.
@era.je Harini Haji @nabilzira belanja minum kopi premium lah guys. Dia suruh retweet lepas dah belanja 😂 #sharERA #fyp
Macam seronok je kerja dengan radio era, kawan-kawan kerja semua sporting!
Malah, Nabil turut memaklumkan dia berasa gembira apabila dapat berkongsi rezeki bersama rakan sekerjanya itu terutamanya hari ini merupakan penghulu segala hari.
“Gembiralah. Ini hari Jumaat, hari paling berkat, Inilah masanya,” katanya.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang berminat untuk bekerja di radio Era memandangkan pekerja-pekerja di stesen radio tersebut kelihatan baik dan mempunyai persekitaran pekerjaan yang bagus.
Sumber: TikTok @era.je