Netizen terpukau dengan persembahan murid SJKC dendang lagu ‘Negaraku’ berserta rap

Netizen terpukau dengan persembahan murid SJKC dendang lagu ‘Negaraku’ berserta rap

 

Nyanyian murid di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang menyanyikan lagu bahasa Melayu ‘Negaraku’ ternyata memukau ramai netizen di media sosial.

Mempersembahkan lagu dendangan Joe Flizzow dengan Faizal Tahir itu, video berkenaan meraih pujian daripada penguna laman TikTok yang rata-ratanya mengatakan persembahan itu dijayakan dengan semangat muhibah sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Video nyanyian di atas pentas, dengan paparan lirik pada skrin di belakang itu turut meraih tontonan sehingga 464,300 tontonan dan 29,300 tanda suka.

@jmiin

Not so good, but can lah #lagupatriotik #merdeka #negaraku #negarakumalaysia

♬ original sound – Jmin 俞敏心 – Jmin 俞敏心

“Ini sangat bagus. Anak-anak lelaki saya juga berada di SJKC, berasa sangat bangga,” kata pengguna TikTok @Hermione Granger

“Tahniah cikgu. Saya tahu sekolah SJKC sentiasa mempersembahkan persembahan patriotik,” kata @SI MELUR PUTIH

“Bahagian rap on fire! Kudos kepada semua yang terbabit dan Selamat Hari Kebangsaan ke-67 kepada semua!” kata @Kikiey90.

“Rap murid lelaki itu mengagumkan! Kefasihan bahasa Malaysianya sangat lancar, dia pasti boleh menjadi artis rap!” kata @Hanhan_syaaa.

“Inisiatif hebat yang patut dipuji. Terima kasih kepada guru kerana menjadi pendorong kepada murid-murid ini,” kata @Henry Philip

“Bagus, cikgu! Saya ingin melihat persembahan penuh dan tahniah kepada penghibur muda. Saya amat berbangga dengan anda semua!” kata @syad.

“Tahniah cikgu. Ini adalah contoh sempurna rakyat Malaysia hidup dalam harmoni,” kata @Saadiah.