Mungkin elak wajahnya terdedah, rakun malu-malu setelah diselamatkan oleh bomba, siap tutup muka guna tangan

Mungkin elak wajahnya terdedah, rakun malu-malu setelah diselamatkan oleh bomba, siap tutup muka guna tangan

Beberapa hari lepas, tular foto anggota bomba yang memegang seekor rakun yang kelihatan malu-malu. Foto tersebut diambil sejurus selepas pasukan bomba menyelamatkan mamalia ini dari dalam rumah seorang penduduk, lapor Newsweek.

Menurut portal, foto yang dikongsikan di Facebook jabatan bomba itu ditulis dengan kapsyen:

Anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada hari itu ketika anda menjalankan tugas sebagai anggota bomba. Tentu, mungkin ada kucing yang perlu diselamatkan dari sebatang pokok, tetapi rakun? Itu suatu yang baru.’

Peristiwa tersebut dikatakan bermula ketika seorang tuan rumah menelefon jabatan bomba setelah terdengar sesuatu yang pelik dari belakang peti sejuk. Ketika anggota bomba tiba, mereka tidak dapat meneka apa-apa, lalu hanya disuluhkan cahaya di belakang perkakas itu.

Ketika itu, mereka mendapati dua mata kecil sedang menatap kembali ke arah mereka. Apabila ‘pelaku’ itu sudah dikenal pasti berada di bahagian mana, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk membawanya keluar dengan selamat.

Walau bagaimanapun, setiap kali anggota bomba cuba untuk mengangkatnya, tuan rumah dikatakan menyedari bahawa haiwan itu menutup wajahnya berkali-kali. Keadaan itu menyebabkan mereka sempat menangkap gambarnya yang kelihatan sungguh malu itu sebelum dilepaskan di hutan semula.

embarrassed raccoon

Jelas anggota bomba di ‘posting‘ mereka, ‘Seperti yang anda tahu, dia cukup malu mengenainya, tetapi sebenarnya tidak perlu malu. Kita semua memerlukan bantuan sesekali.’

Menurut sumber, perkongsian foto itu telah meraih perhatian netizen Facebook kerana kecomelan makhluk itu dan ramai yang menulis komen. Antaranya:

Ok sekarang ini ia menjadi salah satu perkara yang paling comel setakat ini,” komen Jessica. Begitu juga dengan Barbara yang menulis, “Terima kasih kerana berkongsi. Itu sungguh comel.”

Namun, ada juga yang turut berkongsi kisah tular sebelumnya mengenai beberapa ekor rakun yang dikatakan ‘menyelinap’ di sebuah bilik seorang pelajar dan membuat kerosakan besar di sana.

Menurut Humane Society, mereka mengesyorkan agar menggunakan teknik ‘lembut’ dan ‘multisensori’ sekiranya ingin mengeluarkan haiwan ini dari dalam rumah. Bukan itu sahaja, teknik tersebut digalakkan untuk dilakukan pada waktu senja kerana rakun dikatakan seekor makhluk yang aktif pada waktu malam. Bahkan, haiwan ini dipercayai mudah keliru pada waktu siang.

Sumber: Newsweek.com