Muka & kepala ditutup, pegawai polis langgar pelajar dikawal ketat PDRM

Muka & kepala ditutup, pegawai polis langgar pelajar dikawal ketat PDRM

 

Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang didakwa membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, dibawa ke Kompleks Mahkamah Ipoh pada hari ini dengan dikawal ketat.

Media melaporkan tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang hadir ke mahkamah diiringi lima anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang lengkap memakai topeng muka dan berpakaian gelap.

Dapat dilihat, kepala dan muka tertuduh turut ditutup dengan sehelai kain hitam dalam keadaan tangan bergari.

Difahamkan, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Gbmnqrmbuaa9Tu2

Selain itu, turut dipaparkan sebanyak lima kenderaan bercermin gelap milik PDRM digunakan untuk membawa keluar pegawai polis yang dipercayai membunuh calon SPM setelah tamat prosiding di mahkamah.

Menurut sumber, sebahagian media meluahkan rasa kecewa dengan kawalan polis yang mengiringi suspek kerana tidak memberi ruang kepada jurugambar untuk mengambil gambar suspek.

Hal ini turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan perbezaan layanan yang dikenakan tertuduh dengan pesalah-pesalah lain.

Bagaimanapun, ada juga yang memberi pandangan tertuduh yang dikawal ketat sebegini tetap diberi layanan sama dengan pesalah-pesalah lain.

Screenshot 2023 12 18 120139 Screenshot 2023 12 18 120148