Mujur tak kena cangkul, mayat kubur sebelah muncul ketika gali liang lahad

Mujur tak kena cangkul, mayat kubur sebelah muncul ketika gali liang lahad
Begitulah aturan kehidupan kita di atas muka bumi ini yang mana setiap orang akan melalui alam barzakh sebagai persinggahan sebelum ke negeri akhirat yang abadi.Di aplikasi TikTok, tular satu rakaman memaparkan penemuan jenazah yang dipercayai sudah lama dikebumikan namun masih berada dalam keadaan baik.

Kepala jenazah itu terkeluar dari dinding tanah apabila sebuah kubur baharu digali kerana berlakunya kematian.

Namun paling mencuri tumpuan tentunya aksi tukang gali kubur yang selamba menggosok kepala jenazah itu.

Biarpun kain kafannya kelihatan usang dan hampir reput, kepala jenazah berkenaan nampaknya masih berada dalam keadaan baik.

kubu2

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

Sehingga kini rakaman yang memaparkan dua tukang gali kubur berada di dalam liang lahad itu meraih hampir setengah juta tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Bagaimanapun, waktu serta lokasi kejadian tidak dinyatakan pemilik video berkenaan.

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat jenazah tersebut yang masih sempurna.

Masih utuh jenazahnya, Subhanallah.

NETIZEN

Malah, ramai dalam kalangan mereka yang turut tertanya-tanya mengenai amalan arwah sepanjang hayatnya.

“Masih elok jenazahnya. Apa amalan beliau? Maha suci Allah.

“Allah nak tunjukkan pada yang hidup kebesarannya.

“Kuat betul semangat penggali kubur tu. Apalah amalan arwah masa hidupnya sehingga jenazah masih utuh begitu?

“Masih utuh jenazahnya, Subhanallah,” tulis beberapa individu.

Dalam pada itu, ada netizen yang turut mempertikaikan jarak antara kubur dan kedudukan jenazah berkenaan yang didakwa tidak mengikut arah kiblat.