Monyet dapat makanan, tapi reaksinya pula raih perhatian ramai

Monyet dapat makanan, tapi reaksinya pula raih perhatian ramai

Biasanya setiap kali melawat haiwan terutamanya di zoo, mesti ramai yang cukup teruja untuk melihat telatah mereka ini. Macam yang dikongsikan pemilik video ini tentang gelagat seekor monyet yang mencuri tumpuan ramai semasa menerima makanan yang diberikan.

Bukan sahaja kelihatan comel malah ramai yang turut sama terhibur melihat gelagatnya ini yang siap mencicah makanan itu di dalam air. Netizen turut berseloroh gayanya juga seolah-olah sama seperti mereka yang sedang menikmati minum petang sahaja.

https://vt.tiktok.com/ZSes15tVS/

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor monyet di dalam kandang semasa dirakamkan pemilik video. Dia kemudiannya memberikan sekeping kek pisang kepada monyet tersebut namun ianya terjatuh pula sebelum sempat disambut.

Apa yang menarik perhatian ialah reaksi monyet itu selepas menerima makanan tersebut yang mengejutkan netizen. Monyet itu kemudian membawa kek pisang tersebut di hadapan kolam air di dalam kandang itu sebelum mencicahnya di dalam air.

air

Pada awalnya ramai yang menyangka mungkin monyet itu mahu membersihkan makanan tersebut yang terjatuh. Namun menurut pemilik video, monyet itu akan melakukan rutin yang sama setiap kali menerima kek pisang itu dari mereka.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat pintarnya ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kek pisang itu terlalu kering menyebabkan monyet itu mencicahnya dengan air.

“Dia basuh sebab jatuh tu.”

monyet

“Comel je yang dia pun terkejut time terjatuh tu.”

kek pisang

“Kak cuba try letak air milo kat kandang dia.”

komen

“Kering lah tu kek pisang tu. Tak boleh nak telan.”

tik tok