Mohon privasi, isteri DDNK tidak suka gambar disalah guna & tak teragak ambil tindakan

Mohon privasi, isteri DDNK tidak suka gambar disalah guna & tak teragak ambil tindakan

Meskipun belum genap seminggu usia perkahwinan keduanya, namun entah mengapa ‘berbakul-bakul’ kecaman dilemparkan terhadap Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) melalui media sosial. Terdahulu, beliau dan bekas isteri sudah berjauhan sejak setahun lalu manakala proses perpisahan secara rasmi pula disahkan sebulan lalu. Pengurus kewangan bertauliah tersebut menjelaskan hanya mula kenali pasangannya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris pada September tahun lalu sebelum hubungan mereka jadi serius awal tahun ini.

 

Minta Privasi, Isteri DDNK Tak Suka Gambar Disalah Gunakan Untuk Tabur Fitnah

 

Orang kata saya mata duitan…tapi sebenarnya tertarik dengan kesungguhan suami walaupun beberapa kali ditolak

Memetik portal Malaysia Gazette, Datin Ernie Rossmeris sedar ada pihak yang menuduhnya sebagai mata duitan malah sejak awal perkenalan dengan suaminya lagi. Namun hakikatnya, dia sudi menerima lamaran DDNK setelah melihat kesungguhannya berjumpa orang tua dan mengambil hati biarpun pernah ditolak beberapa kali.

 

Minta Privasi, Isteri DDNK Tak Suka Gambar Disalah Gunakan Untuk Tabur Fitnah

 

Itu soalan tipikal sebab saya muda lagi…tapi saya tak suka dari segi itu (kekayaan), mula-mula kenal suami pun pasal saham je

Walaupun jarak umur 22 tahun, tapi Datin Ernie Rossmeris akui selesa mengenali DDNK kerana karakternya yang kelakar serta ‘loyar buruk’ setiap kali berborak. Justeru itu, beliau turut bersedia untuk menghadapi bermacam andaian tipikal daripada netizen khusunya melibatkan soal cinta dan harta.

 

@pengantinmy

Pandai bergurau pula isteri DDNK ni. Comel je bila Datin Tuan Ernie kata DDNK ‘loyar buruk’! Tonton video penuh di Youtube dan FB Pesona Pengantin.

♬ original sound – Pesona Pengantin – Pesona Pengantin

Tolong hormat gambar & privasi saya…akan ambil tindakan yang wajar jika disalah guna

Melalui status terbaru di IG Story miliknya yang dimuat naik sekitar malam tadi, Datin Ernie Rossmeris meminta kerjasama semua pihak agar menghormati privasinya. Beliau turut memberi amaran tegas, tindakan undang-undang akan diambil jika gambar peribadi yang terdapat di laman media sosialnya disalah gunakan termasuklah tujuan menyebarkan fitnah.

Minta Privasi, Isteri DDNK Tak Suka Gambar Disalah Gunakan Untuk Tabur Fitnah

 

Minta Privasi, Isteri DDNK Tak Suka Gambar Disalah Gunakan Untuk Tabur Fitnah

Minta Privasi, Isteri DDNK Tak Suka Gambar Disalah Gunakan Untuk Tabur Fitnah

Kredit : IG ernierossmerie_, Portal Malaysia Gazette & TikTok pengantinmy