Misteri, awan unggu di langit cetus rasa bimbang

Misteri, awan unggu di langit cetus rasa bimbang
Awan ungu misteri di langit sebuah bandar di Chile telah membingungkan penduduk tempatan dan pegawai negara itu baru-baru ini.
Ia berlaku di bandar Pozo Almonte, di utara negara tersebut dan fenomena itu sedang disiasat di Chile.
Awan itu dipercayai terdiri daripada wap iodin dan berada berhampiran dengan lombong Cala Cala yang dimiliki oleh sebuah syarikat.
Christian Ibanez iaitu Timbalan Ketua Wilayah Tarapaca berkata, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan dan mendapati kejadian itu disebabkan oleh kegagalan motor pam pendesak.
Seorang pegawai alam sekitar, Emanuel Ibarra pula menyatakan kegagalan pam itu telah menyebabkan iodin di loji itu berubah daripada pepejal kepada keadaan gas.
Sana sini drama, bercinta pun penuh drama. Tak cukup lagi drama?
Dapatkan Pek Primary Astro hanya RM59.99/bln! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838