Minta bantuan pandai, bila kita offer kerja tak nak pulak!

Minta bantuan pandai, bila kita offer kerja tak nak pulak!

Memang tidak dapat dinafikan, pada ketika ini ramai rakyat Malaysia yang terkesan dan hilang punca pendapatan akibat tiada pekerjaan. Walaupun begitu, masih ramai insan prihatin memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

 

Namun berbeza pula kisah kali ini, sikap seorang penerima bantuan yang agak keterlaluan apabila meminta pelbagai barangan bantuan tetapi tidak mahu bekerja.

 

Dah tawarkan kerja tapi tak nak

Sekadar gambar hiasan

Kisah ini diceritakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Izzah Rohaizad menerusi satu posting di akaun Facebook dan dia berkongsi pengalamannya apabila berdepan dengan penerima bantuan yang ‘demand‘.

Rakyat kita selagi boleh minta dia akan minta kaw-kaw. Kerja malas. Susah sikit tak boleh. Selagi dapat free kenapa nak kerja betul tak? Maybe inilah dalam pemikiran mereka.

Bukan itu sahaja, apabila wanita berkenaan menawarkan pekerjaan untuk suami dan anak sulungnya di kebun, individu berkenaan menolak tawaran itu dengan alasan suami serta anak tidak biasa dengan pekerjaan tersebut.

Hope tak semua rakyat marhaen macam ini ya. Tapi kalau anak pun dah besar gajah tapi masih seronok meminta-minta tak nak berusaha.. Susah lah nak cakap.

Jelasnya lagi, dia berasa penat apabila perlu melayan karenah individu-individu seperti ini dan hanya membantu setakat mana yang mampu.

Lebih teruk lagi apabila wanita tersebut memberi jalan penyelesaian kepadanya dengan membuat kerja dalam talian seperti menjadi dropship, namun, individu tersebut memarahinya semula dengan mengatakan jangan menyindir dirinya jika tidak dapat memberikan bantuan.

Saya tak cakap semua orang macam ni. Tetapi segelintirnya macam ni. Tolong ya cuba ubah cara masing-masing berfikir dan usaha. Sabar itu separuh dari iman. Kami cuba bersabar dan sentiasa bantu orang lain dalam kesusahan.

Perbualan penuh

Sumber : Izzah Rohaizad