“Mesti kena ada ke ni?” [Video] Netizen pertikai mengapa ada lambang ‘mata satu’ di konsert GV9

“Mesti kena ada ke ni?” [Video] Netizen pertikai mengapa ada lambang ‘mata satu’ di konsert GV9

Semalam telah berlangsung konsert minggu kelima rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) bagi musim ke-9.

Boleh dikatakan persembahan kesemua artis semalam amat menakjubkan, pun begitu rezeki tidak menyebelahi Pat Candy apabila dia diumumkan tersingkir daripada pertandingan tersebut.

Selain persembahan duet Jaclyn Victor dan Aina Abdul yang membuatkan ramai kagum, ada sebuah lagi persembahan yang tular sejak semalam kerana terdapat paparan logo ‘mata satu’ ketika persembahan berjalan.

Persembahan yang dimaksudkan ialah duet antara Asheed Def Gab C dan penyanyi jemputan Tam Spider, yang menyanyikan lagu berjudul Angin oleh kumpulan yang terkenal dari Indonesia iaitu Dewa 19.

 

@cikpuanlaila

mohon jangan kecam.. aku cume nk tau je.. 🤔🤔 #gegarvaganza2022 #gegarvaganza

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @cikpuanlaila itu mendapat perhatian netizen dan setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 40K tontonan.

Simbol mata satu itu sering dikaitkan dengan ajaran Freemason yang berkait rapat dengan ketuanan global dan sering menjadi pertelagahan lebih-lebih lagi mengikut kepercayaan agama.

“Mesti naik isu ni!” 

Walaupun persembahan kedua-dua mereka itu amat menghiburkan dan menunjukkan peningkatan oleh peserta GV, iaitu Asheed yang merupakan vokalis Def Gab C namun paparan logo tersebut menimbulkan pertikaian daripada netizen.

Atgv

Pun begitu, dalam ruangan komen video yang sama, ada juga yang menyatakan itu merupakan album cover bagi lagu nyanyian kumpulan Dewa19 itu.

Atgv2

Hmm, apa-apa pun semoga Asheed Def Gab C sentiasa berikan performance yang terbaik!