Menyerah kalah atau simbol kesedihan, ini sejarah ‘angkat’ bendera putih
Mengibarkan bendera putih sudah lama diperkenalkan dan sinonim sebagai tanda menyerah kalah terutamanya buat sekumpulan askar yang terlibat dalam peperangan bagi menakluki sesebuah kawasan. Dipercayai tradisi mengibarkan bendera putih ini telah digunakan oleh bangsa Romawi dan China lagi sejak era Dinasti Han Timur pada sekitar 220 Masihi lagi.
Simbolik prajurit menyerah kalah
Sumber foto: ww2today
Memetik laporan Insider, simbol dan isyarat ini dipercayai telah wujud lama lebih dari era Dinasti Han Timur. Menerusi catatan buku Histories yang ditulis oleh Cornelius Tacitus, seorang pengarang buku dari Romawi menyatakan isyarat tersebut merujuk kepada Pertempuran Cremona Kedua yang terjadi antara bangsa Vitellia dan Vespasia pada tahun 69.
Bendera warna putih ketika itu digunakan dan dijadikan sebagai simbolik buat para prajurit menyerah kalah dalam sesebuah pertempuran. Bukan itu sahaja, ahli sejarah berpendapat motif warna putih digunakan di medan perang kerana ianya kelihatan jelas oleh pihak lawan di saat pertempuran sedang berlaku.
Dianggap kesedihan
Sumber foto: ww2today
Selain itu, dalam konteks peperangan pula, warna putih dianggap sebagai gencatan senjata dan ajakan negosiasi ketika dalam peperangan. Malah, di dalam peperangan, petugas-petugas kesihatan akan menggunakan bendera berwarna putih untuk mengambil prajurit yang tercedera di medan perang dan merawat mereka di tapak atau khemah perubatan.
Sementara itu, berbeza pula dengan penggunaan warna putih di negara China yang dilihat merupakan simbolik kepada kedukaan dan kematian yang terjadi untuk berkabung. Malah, warna putih dianggap sebagai sebuah kesedihan yang dialami rakyat China kerana kekalahan pertempuran atau perlawanan.
Sejarah bendera putih pada 69 Masihi
Sumber foto: History
Sementara itu, menurut History, Livy yang merupakan seorang penyusun Sejarah Rom Kuno menggambarkan sebuah kapal Carthaginian yang dihiasi dengan bulu putih dan ranting buah zaitun digunakan dalam Perang Dunia Kedua diibaratkan sebagai simbol penyerahan pasukan Vitellian pada tahun 69 Masihi ketika Pertempuran Kedua Cremona.
Penggunaan bendera putih kemudiannya digunakan oleh tentera Barat sewaktu peperangan dan dipercayai turut digunakan secara meluas di China. Terdapat pelbagai kegunaan bendera putih di medan perang termasuklah gencatan senjata dan melakukan perundingan di medan perang.
Susulan itu, wujud Hague and Geneva Conventions pada kurun ke-19 untuk menetapkan dan membuat perjanjian dalam kalangan tentera bagi tidak menyalahgunakan kibaran bendera putih sebagai agenda memalsukan penyerahan serta menyerang musuh.
Sumber: Merdeka, Insider, ww2today, History