Mentua bagi hadiah pemenang emas Olimpik Pakistan seekor kerbau

Mentua bagi hadiah pemenang emas Olimpik Pakistan seekor kerbau

 

Pemenang pingat emas Olimpik Pakistan Arshad Nadeem menerima hadiah unik daripada bapa mentuanya Muhammad Nawaz iaitu seekor kerbau.

Hadiah itu sebagai meraikan kemenangan menakjubkan Nadeem yang menjuarai acara merejam lembing Sukan Olimpik Paris dengan catatan rekod baharu kejohanan iaitu 92.97 meter.

Nawaz menjelaskan hadiah kerbau itu dianggap sangat berharga dan satu penghormatan dalam masyarakat di pedalaman.

Anak Nawaz Ayesha berkahwin dengan Nadeem dan mereka mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan.

Nawaz mengimbau kehidupan mereka enam tahun lalu dengan menantunya sangat berdedikasi dengan sukan walaupun mempunyai pendapatan tidak menentu.

“Enam tahun lalu ketika kami menjodohkan anak kami dengan Nadeem, dia hanya bekerja dengan gaji kecil tetapi tidak menghalang minatnya dalam sukan. Dia kerap berlatih membaling lembing di rumah dan padang.”

Hadiah tradisional daripada bapa mentua Nadeem kepada menantunya sebagai simbolik kebanggaan dan penghormatan dalam masyarakat yang masih berpegang kuat dengan budaya tradisi.