Mengamuk di kedai makan, angkat kerusi, ape kes ni?
Waktu makan adalah waktu di mana semua orang inginkan ketenangan untuk mengisi perut yang lapar. Lebih-lebih lagi apabila makan di luar di mana kita membayar untuk makanan yang kita inginkan pada hari itu, tentunya tiada siapa yang ingin diganggu.
Dalam sebuah video yang tular baru-baru ini pula, seorang wanita yang sedang cuba menikmati hidangan di sebuah gerai makan hilang sabar apabila ketenteramannya diganggu.
Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna nabilfikran10 di Twitter, seorang lelaki dilihat sedang marah-marah di sebuah gerai makan dan memanggil salah seorang pekerja di dalam gerai untuk keluar berjumpa dengannya.
Kau nak gaduh, gaduh la. Jangan la kacau org nak makan.
Nasib tak kena hempuk dgn kerusi kayu. Sial. pic.twitter.com/FHD1WGF7tA
— Bella Hadidn’t (@nabilfikran10) March 29, 2021
Individu terbabit yang berdiri dekat dengan sebuah meja makan pelanggan berterusan memberontak dan terpaksa ditahan oleh salah seorang pekerja di situ.
Ketika dia sedang menjerit-jerit dan menunjukkan kemarahan, lelaki itu terjatuhkan botol minuman pelanggan di meja berhampirannya.
Namun pelanggan tersebut yang sedang duduk makan dengan isteri dan anak kecil mereka hanya diam dan tidak menghiraukan lelaki terbabit.
Tidak lama kemudian ketika wanita yang duduk di meja itu sedang menikmati semangkuk sup, lelaki berkenaan yang masih tidak puas hati cuba mengangkat meja keluarga tersebut pula sehingga sup wanita itu tertumpah.
Wanita berkenaan dengan serta merta bangun dan mengangkat kerusi untuk dicampakkan pada lelaki itu namun dihalang oleh suaminya, sebelum mencampakkan secawan air ke arah lelaki terbabit.
Lelaki tersebut akhirnya meminta maaf kepada keluarga berkenaan, namun wanita itu jelas masih panas hati dengan apa yang berlaku kerana tidak dapat menikmati makanannya dengan tenang. -HCL