Mengadu depresi & tiada anak, rakan terkejut ketahui sikap sebenar suspek
#JusticeForAlia yang trending sejak semalam cukup menaikkan amarah dan rasa simpati rakyat Malaysia. Siapa sangka, kanak-kanak comel berusia 4 tahun bernama Alia dipercayai berdepan kekasaran daripada ibu angkatnya sendiri gara-gara enggan menjamah nasi. Pendedahan berani terbabit dibuat sendiri oleh beberapa orang pekerja yang sudah tidak tahan menyaksikan penganiayaan itu berlaku setiap kali waktu makan.
Saya tak sangka, dia selalu cerita pasal kena fitnah…Saya selalu bagi dia moral support
Dalam masa yang sama, salah seorang kenalan kepada suspek iaitu Puan Geetha Ji akui sangat terkejut dengan penularan berita itu. Dalam video yang dimuat naik malam tadi, Geetha meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui ‘tembelang’ sebenar si pelaku. Walhal sebelum ini, wanita terbabit pernah banyak kali mengadu masalah yang terjadi dalam hidupnya termasuklah isu depresi serta dilema tidak dikurniakan anak.
Dia selalu mesej saya…Jadi tukang dengar yang setia…Saya sangat malu & menyesal kenal you
Menyedari suspek menanggung pelbagai tekanan hidup, sebelum ini Geetha ikhlas menjadi pendengar setia dan memberikan sokongan moral secara konsisten. Namun selepas isu ini terdedah, dia akui merasa malu pernah mengenali si pelaku dan benar-benar kesal kerana si kecil yang tidak berdosa diperlakukan sebegitu rupa.
@geethaji1 Menyesal kenal you #mirakhan #bossbabe #modesty #justiceforalia #deraanak #sampaihati #penderaan #kecewa #GeethaJi #suararakyat #makkalkural @AQIEL #viralmalaysia
Suspek sudah direman pihak polis selama 7 hari
Dalam laporan berita, difahamkan Adik Alia memang tidak gemar makan nasi namun terus dipaksa telan sehingga termuntah. Pasangan terbabit sudah pun direman oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut. Hasil rawatan mengesahkan kanak-kanak kepada warganegara Indonesia itu (kelahiran tidak didaftarkan dan tiada pengenalan diri) mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian badan.