Menantu Hadi minta penyokong Pas bertenang

Pimpinan Pas turut hadir di dalam sidang media Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu di Ipoh petang tadi.

Sidang media tersebut menyaksikan Ahmad Faizal mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak sejurus beliau hilang kepercayaan ahli dewan.

Pimpinan Pas yang kelihatan ialah Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Kehadiran Pas sudah pasti memberi spekulasi yang dan isyarat yang besar kepada Umno yang merupakan parti komponen di dalam Muafakat Nasional.

Semalam, ketiga-tiga Adun Pas menyokong usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal.

Usul yang dikemukakan oleh Umno itu menyaksikan Ahmad Faizal hanya memperoleh sokongan 9 Adun lain dan satu undi daripada dirinya sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, Adun Selama daripada Pas, Mohd Akmal Kamaruddin berharap semua penyokong bersabar.

“Harap bersabar semua. Tak perlu tembak sesama sendiri. Jaga ukhuwah antara kita yg telah terbina.

“Jangan biarkan musuh ambil kesempatan. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya,” katanya di laman Facebooknya.

Sumber: https://perakinsights.com/2020/12/05/pas-hadir-di-sidang-media-peletakan-jawatan-peja-apa-kata-umno/