Menagis dalam live anak terpalit fitnah, Fatin Afeefa umum berhenti berlakon?
Meskipun sudah berpisah sejak 5 tahun lalu, namun konflik antara pelakon Fatin Afeefa dan bekas suaminya belum ada titik noktah lagi. Bukan sahaja isu tidak pernah beri nafkah, malahan Adam Shahz turut disifatkan melampau apabila didakwa menuduh cahaya matanya, Arrian sebagai anak luar nikah.
Kalau saya tak bagi nafkah…kenapa tak mengadu kat mahkamah?
Menerusi program Melodi semalam, Adam Shahz tampil menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan bekas isteri. Ujarnya, tindakan Fatin yang membangkitkan isu tuntutan nafkah dilihat sekadar meraih perhatian di media sosial. Aktor berusia 41 tahun ini menegaskan bahawa dirinya tidak pernah abaikan tanggungjawab itu, bahkan menyimpan semua transaksi bayaran berkaitan sejak mereka tidak duduk sebumbung lagi.
Saya tak pernah mention pasal anak luar nikah, siapa yang bercerita? Fikir dulu sebelum nak keluarkan statement
Pada waktu yang sama, pelakon filem ‘Juvana’ tersebut turut menafikan ada cetus kontroversi dengan menggelar Arrian sebagai anak luar nikah. Sebaliknya, Adam mendakwa bekas isteri sengaja memutar belit cerita sebenar tentang perpisahan mereka. Malah gara-gara terkesan apabila imejnya tercalar di mata netizen, dia sendiri nasihatkan Fatin Afeefa agar selesaikan semua isu berbangkit di mahkamah.
Harini saya berhenti berlakon & menyanyi..tolong bagi semua job tu dekat ex-husband…sebab saya tak nak famous, cuma cari duit untuk anak
Terbaru menerusi siaran langsung di TikTok, Fatin Afeefa akui sudah tidak tahan dengan pelbagai spekulasi yang melanda dirinya walaupun telah berdiam diri selama ini. Sambil menangis teresak-esak, aktres berkenaan turut memberi bayangan bahawa dirinya bakal berhenti daripada terima sebarang tawaran berlakon atau menyanyi lagi. Dalam waktu yang sama, dia turut bertegas bahawa tiada siapa pun boleh melihat wajah anak-anaknya selepas ini.
Kredit : YouTube TV3MALAYSIA Official, TikTok itsnotshaf