Melucukan! Peja dilantik Pengerusi Bersatu di dua buah negeri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam telah mengeluarkan senarai pelantikan baru parti itu termasuk anggota majlis pimpinan tertingginya, ketua-ketua Bersatu negeri dan timbalan mereka.
Senarai itu agak melucukan apabila Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Bersatu Johor.
Sebelum ini, Bersatu Johor dipimpin oleh Mazlan Bujang.
Lebih menghiburkan apabila Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah dilantik sebagai Pengerusi Bersatu di dua buah negeri iaitu Perak dan Pahang
Ketika ditanya apakah tidak ada pemimpin Bersatu lain di negeri-negeri tersebut yang layak mengambil alih tugas berkenaan, Faizal berkata pelantikannya bersifat sementara.
“Saya kira saya ada peranan-peranan lain perlu saya lakukan di negeri Pahang dan saya berpandangan bila keadaan di Perak agak stabil, maka peranan yang lebih saya jalankan di negeri-negeri lain.
“Presiden beri saya amanah jadi pengerusi BPN Pahang buat sementara waktu hingga saya kira Tan Sri dapat mencari seorang yang dapat meneruskan tanggungjawab tersebut,” jelasnya lapor Malaysiakini.