Mekap sempena Hari Merdeka oleh MUA Bellaz terima pujian

Mekap sempena Hari Merdeka oleh MUA Bellaz terima pujian

Pengguna media sosial terutamanya wanita pasti mengenali jurumekap atau MUA Bellaz kerana sering membuat live Facebook tutorial mekap buat para peminat.

Mana tidaknya, solekan MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini sememangnya tidak pernah mengecewakan ramai dengan hasil kreativiti yang ditunjukkan olehnya.

Solekan wajah bertemakan Kemerdekaan oleh MUA Bellaz

Terbaharu, perkongsian MUA Bellaz di laman TikTok miliknya telah menarik perhatian ramai warganet terutama kaum wanita.

Menerusi video dimuat naik oleh Bellaz, dia dilihat menunjukkan hasil solekan bertemakan Kemerdekaan iaitu Jalur Gemilang pada wajahnya sambil ‘miming’ dan diiringi lagu Negaraku.

 

@muabellaz

Replying to @nurulnorshahirahh 🫣

♬ original sound – muabellazz – muabellazz

 

Ingatkan filter tadi…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan hasil solekan daripada MUA Bellaz kerana ia dilihat sangat ‘nyata’ dan nyaris menyangka menggunakan ‘filter’.

Ingatkan filter tadi…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan hasil solekan daripada MUA Bellaz kerana ia dilihat sangat ‘nyata’ dan nyaris menyangka menggunakan ‘filter’.



Cantik sangat! Sentiasa lain dari yang lain

Kreatif sangat sampai cari hidung Bellaz tak jumpa

Berapa lama agaknya nak mekap macam ni

Malah, ada juga warganet bertanya mengenai tempoh masa diperlukan oleh Bellaz bagi menyiapkan solekan yang cantik, kreatif dan menakjubkan itu.

Sumber: TikTok @muabellaz