Mas Khan akui jarang solat 5 waktu, kumpul pahala dengan cara lain

Mas Khan akui jarang solat 5 waktu, kumpul pahala dengan cara lain

Pelakon Mas Khan mengakui jarang menunaikan solat penuh lima waktu meskipun menyedari bahawa ia adalah perintah yang diwajibkan Allah SWT kepada umat Islam.

Menerusi perkongsian di InstaStory, pelakon berusia 28 tahun itu berkata, dia lebih memandang terhadap perkara lain seperti bersedekah sebagai amalan untuk mengumpul pahala.

 

 

“Solat penuh tu memang jarang sekali. Ya solat adalah tiang agama, wajib tapi saya pandang lebih kepada hati seseorang itu.
“Mungkin solat saya ‘kelaut’ tapi kita cari pahala tang (cara) lain faham tak? Contoh bersedekah, tolong orang, bertanggungjawab dan sebagainya,” tulisnya.

Dia berkata demikian bagi menjawab soalan daripada salah seorang pengikut yang bertanya bagaimana untuk menjadi golongan berjaya dalam kehidupan.

Jujur, saya bukan berpura-pura

Mas Khan berkata, dia menyifatkan amalan dalam rukun Islam kedua itu tidak mampu menjamin syurga sekiranya seseorang itu mempunyai hati yang kotor.

“Tak bermakna awak solat penuh lima waktu sehari, awak boleh cium syurga kalau hati dah tak betul. Jangan terasa,” kata pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.

Terdahulu, Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan dikecam hebat apabila berkongsi satu video memelihara anjing baka German Sepherd di laman Instagram.

Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa haiwan berkenaan dibela bagi menjaga kawasan premisnya yang terletak di ibu kota.

Sumber: Instagram Mas Khan