Mancini akhirnya dedah sebab Arab Saudi tak mampu tewaskan Sang Garuda

Mancini akhirnya dedah sebab Arab Saudi tak mampu tewaskan Sang Garuda

 

Arab Saudi mengalami kejutan di laman sendiri apabila Sang Garuda berjaya mencuri satu mata dan memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Belas Jurulatih Itali itu memberitahu bahawa anak buahnya tidak dapat memanfaatkan peluang yang diperoleh dengan baik.

Jaguh Asia itu juga tidak dapat menyempurnakan sepakan penalti dengan baik untuk meraih 3 mata pertama peringkat kumpulan.

“Kami (Arab Saudi) tidak berjaya memanfaatkan peluang yang diperoleh dengan baik dan berlaku pada beberapa aksi terakhir. Namun begitu, ia bukanlah kayu ukur untuk aksi kami hari ini.

Keadaan pemain tempatan yang lebih banyak duduk di bangku simpanan menyebabkan sukar untuk membentuk gandingan terbaik.

“Pemain Arab Saudi harus memberi saingan terbaik pada peringkat kelab dengan pemain import. Saya memiliki 20 orang pemain yang duduk di bangku simpanan kelab.

“Saya tidak ada solusi untuk perkara ini namun para pemain perlu meningkatkan kerjasama mereka,” jelasnya selepas tamat perlawanan kepada CNN Indonesia.

Indonesia akan bertemu Australia manakala China melayan kunjungan Arab Saudi pada 10 September 2024.