Enggan bimbing Manchester United, Zinedine Zidane dedah sebabnya
Zinedine Zidane mendedahkan sebab mengapa beliau tidak mahu menjadi pengurus Manchester United.
Jurulatih berusia 52 tahun itu sudah lama tidak bertugas sejak 2021, apabila tempoh keduanya mengendalikan Real Madrid berakhir.
Walaupun sudah tiga tahun tidak terbabit dalam dunia bola sepak, dia terus dikaitkan dengan jawatan utama di Manchester United, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Perancis.
Namun, Zidane mendedahkan mengapa dia tidak melihat perpindahan ke Old Trafford sebagai pilihan terbaiknya.
Dia memberitahu L’Equipe: “Adakah saya mahu ke Manchester? Saya faham bahasa Inggeris, tetapi saya tidak begitu fasih dalam bahasa itu.
“Saya tahu ada jurulatih yang pergi ke kelab tanpa bercakap bahasa negara berkenaan, tetapi saya bekerja dengan cara yang berbeza.
“Banyak elemen yang memainkan peranan untuk menang, ia adalah konteks menyeluruh. Saya tahu apa yang saya perlukan untuk menang.”
Zidane fasih bertutur dalam bahasa Sepanyol dan Itali.
Buat masa ini, Manchester United belum lagi berusaha mencari pengurus baru selepas Erik ten Hag menandatangani kontrak baharu pada musim panas yang lalu.