‘Mama bagi kasih sayang kepada orang baru, lepas tu nak kurangkan lagi kasih sayang dekat Cik B’

‘Mama bagi kasih sayang kepada orang baru, lepas tu nak kurangkan lagi kasih sayang dekat Cik B’

Hubungan percintaan jutawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli semakin menjadi bualan hangat netizen di media sosial lebih-lebih lagi selepas Cik B mengakui bahawa dia tidak merestui hubungan tersebut.

‘Bro, kenapa nak kahwin dengan mama’

Terbaru, menerusi sesi live di Instagram Vida, Cik B meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan ibunya untuk mendirikan rumah tangga bersama Iqbal Zulkefli. Cik B kemudian mempersoalkan mengapa Iqbal seolah-olah tidak berputus asa untuk memperisterikan Datuk Seri Vida. Tidak terhenti di situ, Cik B mengakui bahawa dia sangat menyayangi ibunya dan disebabkan itu dia tidak mahu mereka berdua kahwin lebih-lebih dengan usia Iqbal yang jauh lebih muda dari ibunya.

Bro, kenapa nak kahwin dengan mama. Kenapa tak give up. Please please please, Cik B sayang mama. Cik B tak nak abang Iqbal kahwin dengan mama.

Menurut Cik B, apa yang dilakukan ini bukanlah kerana dia seorang yang mementingkan diri sebaliknya dia mahukan yang terbaik buat ibunya itu. Tetapi lebih meruntun hati apabila mendengar luahan hati Cik B yang mendakwa Vida telah memberi lebih kasih sayang kepada orang yang baru hadir dalam hidupnya berbanding kasih sayang terhadap anaknya sendiri.

Cik B bukan selfish, Cik B nak yang terbaik untuk mama. Bukan mama kahwin dengan orang muda.

Mama bagi kasih sayang mama kepada orang yang datang dalam hidup mama. Cik B ni dari lahir Cik B dengan mama. So mama nak bagi kasih sayang kepada orang yang mama baru jumpa. Pada Cik B, mama kurang kasih sayang pada Cik B lepas tu mama nak kurangkan lagi kasih sayang dekat Cik B.

Video TikTok

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa sebak selepas menonton video tersebut. Malah tidak kurang juga ada di antara mereka mendoakan agar persengketaan antara Cik B, Datuk Seri Vida dan Iqbal Zulkefli dapat diselesaikan secara baik.

Sumber: TikTok Farah_bell