Majlis tahlil dalam komik terbaru Marvel undang perhatian ramai

Majlis tahlil dalam komik terbaru Marvel undang perhatian ramai

 

Ms. Marvel, atau Kamala Khan, adalah seorang watak komik Marvel yang pertama kali muncul dalam komik Ms. Marvel#1 pada tahun 2014.

Apa yang unik tentang Kamala Khan ini adalah merupakan adiwira Muslim pertama yang memegang gelaran Ms. Marvel, dan dia mendapat pujian kerana memberikan representasi yang lebih pelbagai dalam dunia komik.

Baru-baru ini, seorang pengguna FB bernama Muhd Arifin yang juga peminat tegar universe Marvel Comics telah berkongsi satu penemuan menarik di dalam komik terbaru Marvel yang memperlihatkan keterbukaan mereka dalam perihal agama Islam.

Individu ini berkongsi bahawa pada cetakan kali ini sejumlah adiwira dalam universe Marvel Comic sedia memberikan penghormatan terakhir buat Ms. Marvel.

Di dalam komik tersebut, difahamkan komuniti Muslim New Jersey mengadakan sebuah majlis tahlil untuk memperingati kematian Kamala Khan dalam komik Fallen Friend: The Death of Ms.

Menariknya, terdapat ramai karakter Marvel yang dijemput ke majlis ini untuk memberi penghormatan terhadap arwah.

Malah, Wolverine sedia memberi salam dan kata-kata positif kepada ayah Kamala iaitu Yusuf Khan. Captain Marvel dengan pakai tudung. Iron man pula siap buka kasut lagi ketika masuk masjid.

Dapat dilihat mereka memenuhi ruangan masjid dan duduk berdoa mengikut fahaman masing-masing bersama umat muslim yang lain.

Dengan ini, individu terbabit menyimpulkan bahawa Marvel sangat terbuka dalam meraikan kepelbagaian agama dan masyarakat yang harmoni.

Tambahnya lagi, Logan telah belajar perkataan salam dia berada di Madripoor. Dalam konteks terkini, Mardripoor yang dimaksudkan itu terletak di antara Malaysia dan Singapore.

Jadi, boleh dikatakan Logan belajar memberi salam ketika berjumpa dengan orang Muslim Madripoor (Muslim Malaysia-Singapura).

Menjengah ke ruangan komentar, dengan perkembangan terbaharu ini sedikt sebanyak telah membuka mata netizen yang pihak Marvel sememangnya mengamalkan sikap diversity di dalam plot ceritanya dan tidak memburukkan mana-mana pihak dengan agenda tersendiri.

“Antara 10 sebab kenapa aku suka Marvel,” puji seorang netizen.

“Ini adalah sifat jujur dari pihak Marvel bukannya populariti semata-mata..terbaik,” kata seorang netizen lain.

“Mood halal,” komen berseloroh pengguna lain.

Walaupun ada yang mendakwa ia sebagai jarum halus untuk mendoktorin pemahaman liberalisme dan seumpamanya, tetap masih ada yang yang teruja melihat agama Islam menjadi highlight pada episod ini kerana boleh menarik minat pembaca untuk mengenal agama suci ini dengan lebih dekat.