Majikan tetap menangkan pelanggan, ride buntu kerja & gaji turut digantung
Hanya mahu membela maruah diri yang sudah diperkotak-katikkan oleh pelanggan celupar, siapa sangka Muhd Yusuf turut menerima bahang tempias setelah video berkenaan menjadi tular. Di saat ramai netizen berpuas hati lelaki biadab terbabit sudah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan tempatnya bekerja, rider ini semalam mendedahkan lagi kesedihan lain.
Dah 3 hari digantung kerja…Dah nak hujung bulan, nak bayar duit rumah, susu anak & macam-macam lagi
Bukan sahaja ‘disekat’ daripada bertugas sebagai penghantar makanan buat sementara waktu, malahan gajinya untuk bulan ini turut digantung sama. Kecewa kerana pihak majikan tetap berpihak kepada pelanggan yang jelas-jelas bersalah, dia juga buntu memikirkan tentang duit pembelian barang keperluan keluarga memandangkan sudah menghampiri penutup bulan.
@minyakhitamjalanan Tolong la hargai ride food macam kami semua.. kami bela dari dihina pelanggan kami kne jgk 🥹#allah #rider #food #tolongfyp #minyakhitamjalanan
@minyakhitamjalanan Hari ini kita tolong org. Esok org lain tolong kita insyaallah 🫰🏽#minyakhitamjalanan #support #alhamdulillah❤️ #fpymasukbranda #kotadame🔥❗
Hidup ni keras, jangan sedih-sedih…Jalan terus
Terus memberikan kata semangat kepada rider berusia 27 tahun itu, netizen juga sebak mengenang nasib dialaminya. Bilangan pengikutnya turut naik mendadak, maka ramai mencadangkan Yusuf cuba membuat live TikTok sekali gus menjana pendapatan melalui gift.
Kredit : TikTok minyakhitamjalanan