Majikan perlu beri cuti ganti atau ‘double pay’ jika kerja hari isnin ini

Majikan perlu beri cuti ganti atau ‘double pay’ jika kerja hari isnin ini

Memandangkan Isnin ini diumumkan cuti, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menggesa agar semua majikan dalam sektor swasta harus berbincang dengan pekerja samada mahu memilih Isnin ini sebagai cuti umum atau ganti dengan tarikh lain.

Memetik laporan Bernama, KSM memaklumkan sekiranya tidak ada gantian, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum.

“Kementerian menggesa majikan untuk memenuhi pemberian hari cuti umum tambahan berkenaan kepada pekerja masing-masing.”

Screenshot 2022 11 25 180829

Sumber: Gambar Hiasan

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Isnin, 28 November ini sebagai cuti umum, ia sempena pembentukan Kerajaan Perpaduan Nasional dan pelantikan beliau sebagai PM10 semalam.

Menurut beliau cuti yang asalnya diberikan pada hari ini terpeksa dianjak ke Isnin depan bagi memastikan nilai ringgi dan Bursa Malaysia terus ‘berkembang’ kerana ada menunjukkan perkembangan positif.

Menurut sumber, cuti tersebut diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang juga merupakan cuti umum diperuntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b)Akta Kerja 1955.