“Macam bunyi bom meletup”, Penduduk setempat berjaya rakam bunyi letupan gunung berapi di Tonga meletus
Susulan kejadian letusan gunung berapi Hunga Ha’apai di Tonga semalam, media sosial dibanjiri dengan pelbagai video dan gambar yang memaparkan detik-detik ketika letusan itu berlaku.
Salah satunya adalah video yang dirakam oleh penduduk setempat ketika gunung itu meletus. Bunyi gelombang yang kuat seperti letupan bom dapat didengari menerusi video itu.
Memetik laporanOne News, orang ramai dilihat berdiri berhampiran pantai ketika letusan itu berlaku dan mereka juga telah berlari ke tempat selamat untuk menyelamatkan diri.
Letusan itu dipercayai turut didengari di beberapa negara termasuk New Zealand dan Amerika Syarikat.
This is some scary shit in Tonga… Tsunami incoming and already no communication to Island, so people unable to check in with loved ones. Fingers crossed everyone is ok. pic.twitter.com/Vui6DwihUa
— Scott M (@Chimp_83) January 15, 2022
Tidak lama selepas video itu diambil, gelombang tsunami pula dilapor melanda pulau Tonga.
Nasib penduduk di situ tidak diketahui kerana maklumat yang sangat terhad namun terdapat laporan yang mengatakan bahawa ramai yang mengalami kesukaran bernafas akibat daripada abu yang jatuh dari langit.
Impak daripada letusan itu juga dilaporkan telah membawa tsunami hingga ke Peru dan Jepun.
WATCH: Tsunami from volcano eruption in Tonga reaches Peru pic.twitter.com/U9aj9cqGt2
— BNO News (@BNONews) January 16, 2022