Mabuk hamil, rasa loya tengok rumah sendiri, Syatilla suruh Shaheizy Sam carikan hotel
Umum tahu pasangan selebriti Shaheizy Sam, 39, dan Syatilla Melvin bakal menimang cahaya mata ketiga.
Meloya tengok rumah sendiri
Syatilla, 30, menerusi Instagram (IG) miliknya mendedahkan dia mengalami alahan yang pelik untuk proses kehamilan kali ini.
Kata pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia berasa meloya apabila melihat rumahnya sendiri.
Kali ini mengandung, saya mabuk dan melugai (berasa loya atau hendak muntah). Saya melugai dengan benda yang terlalu suka buat.
Nak tahu apa? Saya tidak boleh tengok rumah sendiri. Ya Allah, rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri.
Barang-barang rumah yang saya hias semua tidak boleh pandang. Matilah macam ini. Takkan kena tidur hotel sampai beranak?
Apa patut buat?
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 2 turut memuat naik hantaran dengan meminta pertolongan pengikutnya apa yang patut dilakukan dengan alahan unik isterinya itu.
Apa patut buat ek? Bubu (Syatilla) kata dia tak nak balik rumah pasal dia nak muntah tengok rumah. Pelik-pelik orang mengandung ni. Aku ni mengandung dah lebih dua tahun dah, tak pernah complain pun.
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya terutama golongan ibu berkongsi pengalaman masing-masing. Ada yang mengalami alahan sama dengan Syatilla sehinggakan terpaksa pulang ke kampung halaman buat sementara waktu.
Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy berusia empat tahun dan Sarimah Samheizy yang kini mencecah usia setahun.
Sumber: Syatilla Melvin, Shaheizy Sam