Lutut ‘meletup’ jatuh di set pengganbaran, Kak Lina berkerusi roda kendalikan GV9
Jika anda mengikuti perkembangan pengacara Gegar Vaganza musim ke-9, Elly Mazlien di laman Instagram pasti ramai sedia maklum dia kini masalah lutut ketika menjalani penggambaran pada petang tadi.
Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom berterima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Bahrom serta beberapa warga produksi Radius One dalam hantaran tersebut kerana membantunya.
Lutut terseliuh bukan penghalang tak hadir Gegar Vaganza musim 9
Bagaimanapun, kesakitan yang dialaminya itu bukanlah penghalang utama bagi pengacara berusia 41 tahun itu hadir menjalankan tugas di pentas Gegar Vaganza pada malam ini.
Pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dilihat hadir memeriahkan majlis apabila rakan pengacaranya, Nabil Ahmad menolak kerusi ketika menyampaikan lagu Senyuman Ragamu. Tidak cukup dengan itu, Kak Lina sempat berseloroh dengan Dato’ Ramli MS.
@d4fordanny Apa jadi #kaklinapompom berkerusi roda. #gv9 #gegarvaganza #foryou #nabil #tokram
Memetik laporan Astro Gempak!, Kak Lina memberitahu lututnya kini sudah beransur pulih.
“Dah okey,”katanya secara ringkas di belakang pentas sebelum konsert bermula.
Sekadar info, Gegar Vaganza mula bersiaran pada 18 September lalu yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Sumber: Instagram @iamellymazlein, TikTok @d4fordanny, Astro Gempak