Lufya kecewa hampir 3 tahun kes tututan nafkah anak belum selesai, dedah rupanya..

Lufya kecewa hampir 3 tahun kes tututan nafkah anak belum selesai, dedah rupanya..
Pelakon Lufya Omar rasa teraniya selepas 2 tahun 8 bulan kes tuntutan nafkah untuk anaknya Laana Haura, 4, masih belum selesai.
Lebih mengecewakan apabila mendapat tahu kesnya dibatalkan oleh Hakim selepas peguam yang mewakili tidak hadir menguruskannya.
“Dua tahun tuntut nafkah anak tak settle dan menunggu 8bulan untuk tarikh seterusnya it’s soooo ridiculous.
“Baru ni dapat tahu rupanya kes nafkah anak lufya telah dibatalkan atau ditutup oleh Hakim.
“Gali punya gali rupanya lawyer kita sendiri tak hadir mewakili kita. Kes telah ditutup pada bulan March 2022 awal tahun lagi,” dedahnya.
Lufya beekongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Tambah Lufya penantian dan dalam masa Yang sama berkorban tenaga untuk memberikan yang terbaik buat satu-satu anaknya itu telah menjadi sia-sia.
“Yang kita ni percaya la kat dia. Alasannya kerana masukkan pembuktian baru.. ini namanya “putaran” 360 darjah.
“Subhanallah kita lantik die untuk bela kita malah rasa dianiaya. Lufya ni single mom yang bekerja keras menyediakan yang terbaik untuk anak perempuan fya.
“Tangisan, jerih, perih membesarkan anak sendiri jangan cerita lah. Apa yg terjadi sebelum ini tolak tepi lah,” luahnya.
Dakwa Lufya lagi, bekas suaminya Hafiz pula mengambil isu nafkah dengan sambil lewa.
“Come on! RM300-RM500 jumlah yang tak releven lagi lah untuk nafkah anak. Itu pun culas!
“Dah failkan kes baru masukkan duit ke account anak itu pun ikut jumlah suka hati die. We should give the best to our child!
“Sekolah Tadika Kemas adalah untuk B40 dan kita tidak layak untuk masukkan anak ke sekolah itu. Itu hak bagi orang-orang yang tak mampu. Sila guna otak,” ceritanya.
Pun begitu, dia kini bersyukur dapat meneruskan kes itu dengan melantik peguam baharu yang diyakini dapat menggalas tanggungjawab untuk menyelesaikan kesnya.
Terdahulu, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun.
Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.