‘Lubang’ besar di tengah jalan, penghantar makanan nyaris terjunam

‘Lubang’ besar di tengah jalan, penghantar makanan nyaris terjunam

Tular beberapa hantaran di Facebook memaparkan sebuah laluan di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu berlakunya mendapan tanah sehingga terhasil satu lubang besar atau sinkhole di jalan raya berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula, jelas terlihat seorang rider hampir terjunam di dalam lubang terbabit namun sempat memberhentikan motornya sebelum terjatuh di tepi jalan.

Walau bagaimanapun, menurut laporan daripada pihak Harian Metro, laluan tersebut telah ditutup buat sementara waktu kepada pengguna jalan raya bagi kerja penyelenggaraan.

 

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, hampir kesemua yang komen berasa terkejut melihat saiz lubang yang disifatkan sangat bahaya terutamanya ketika waktu malam sekiranya ada individu yang tidak perasan.

Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan kepada orang ramai, tindakan telah pun dibuat.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel trending pada pautan di bawah.