Luahan Mizz Nina di IG jadi perhatian, peminat titip semangat “semoga terus kuat”

Luahan Mizz Nina di IG jadi perhatian, peminat titip semangat “semoga terus kuat”

 

Sebuah nukilan oleh selebriti, Mizz Nina mengenai dugaan dan ujian dalam kehidupan mengundang perhatian pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, selebriti berusia 42 tahun itu didakwa seperti memberi bayangan bahawa dirinya sedang melalui kesukaran namun menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

 

 

“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sukar dalam kehidupan. Hijrah, melalui kesusahan, sedih kerana kehilangan, pertengkaran, pekerjaan, perceraian…
“…atau dalam mana-mana situasi yang kelihatan sukar tetapi pada hakikatnya, ia adalah sesuatu yang baik dan indah,” tulisnya.

Mizz Nina berkata, seseorang itu mungkin menyukai sesuatu tetapi tidak menyedari sekiranya kesan diterima adalah negatif sehingga boleh mendatangkan keburukan.

“Ia seperti makan ubat. Tiada siapa yang suka kerana pahit tetapi perlu diambil kerana baik untuk kita. Malah, anda mungkin menyukai sesuatu tetapi tidak sedar tentang kesan dan akibat sama ada kurang baik dan negatif…
“…berkemungkinan membawa kemudaratan namun anda suka kerana ia memberi ketenangan dan keselesaan dimana mungkin menghalang anda daripada mendapat ganjaran atau kebaikan.
“Membuat perkara baik mungkin kurang digemari kerana sukar untuk dilakukan, dan perkara buruk lebih disukai kerana memberi keselesaan,” katanya.

Justeru di sebalik situasi berkenaan, Mizz Nina berkata seseorang itu perlu menerima dengan reda apa ditetapkan Allah SWT sama ada suka mahupun tidak.

“Hanya Allah mengetahui apa yang khayr (baik) dan sharr (buruk) untuk anda. Maka terimalah apa ditetapkan olehNya sama ada kamu suka atau tidak, sama ada kamu melihat hikmah atau sebaliknya.
“Satu hari nanti, anda akan menoleh ke belakang dan bersyukur dengan perancangan Allah. Walaupun mungkin menangis, percaya bahawa ‘Allah lebih mengetahui’ dan terima hakikat,” ujarnya lagi.

Difahamkan, nukilan yang dihasilkan itu kemudian disunting dengan meletakkan ‘repost’ daripada akaun aplikasi miliknya, @qalbyapp.

Sebelum disunting

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi positif selain menitipkan doa buat Mizz Nina agar dia diberi kekuatan sekiranya menempuh situasi sukar.

Terima kasih atas perkongsian!

Semoga terus kuat

Terdahulu, timbul spekulasi mengenai keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Noh Salleh namun vokalis kumpulan Hujan itu menafikan dakwaan tersebut.

 

Pasangan itu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Musa pada Mac lalu.

Sumber: Instagram Mizz Nina