Lepas tular ugut perniaga sebelah tutup gerai, ‘kak long kawasan’ kena saman?
Semalam kecoh di media sosial tentang peniaga nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang ‘diugut’ oleh seorang lelaki dan wanita, gara-gara menjual menu serupa. Menurut perakam video tersebut, mereka membuka gerai di lokasi berkenaan atas permintaan pelanggan. Namun begitu, jawapan tersebut tidak disenangi oleh ‘tauke’ pesaingnya sekali gus mengundang kecaman netizen.
Esok nak pergi beli dekat mak cik yang kena marah ni
Atas dasar simpati terhadap peniaga yang tak semena-mena diugut dalam klip video berkenaan, seorang pemilik akaun Twitter menyatakan hasrat untuk beri tanda sokongan dengan membeli nasi lemak daripadanya. Tak cukup dengan itu, Mohammad Faeez Harith juga mahu berkongsi makanan tersebut dengan mana-mana individu yang menegurnya di sana.
Ok pagi esok aku nak gi beli dekat makcik yang kena marah ni.Dekat je dengan rumah aku ni.
Kalau tak hujan esok pagi aku gi sana.
Ada rezeki siapa tegur aku belanja sebungkus, terhad 10 orang je.
Biar melopong tukang marah tu. https://t.co/ryUSXqU7Tr
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 11, 2022
Kedai mak cik yang kena marah tak buka…yang tukang marah buka, ada kereta Wira putih sebelah kedai dia
Namun sebaik tiba di lokasi kejadian sekitar pagi tadi, Mohammad Faeez mendapati gerai tersebut tidak dibuka. Sebaliknya, cuma penjual nasi lemak yang muncul dalam video viral semalam saja berniaga hari ini. Namun bagi mengelakkan sebarang konfrontasi, lelaki tersebut membeli sarapan di kawasan lain sahaja. Di samping itu, dia turut menyeru masyarakat agar mengambil iktibar sahaja daripada insiden kecoh semalam.
Ok sebelum aku balik aku rakam kelibat tukang marah dari jarak lagi selamat, 30 meter.Jangan tanyalah kenapa goyang rakamannya, rakam dari jauh kot, dengan pegang nasik lemak lagi.Aku bukan rakam pakai selipar jepun. pic.twitter.com/JAoM9DaCP0
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 12, 2022
Nak tutup periuk nasi orang…akhirnya kena kat diri sendiri, plus bayar saman
Terbaru, difahamkan gerai milik peniaga tersebut telah diserbu oleh pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula. Melalui foto kiriman netizen yang dimuat naik ke Instagram mStar Online, penjual nasi lemak tersebut juga diminta bayar sejumlah saman namun tidak diperincikan atas kesalahan apa.
Kredit : Twitter H_Bakkaniy & IG mstaronlineofficial