Lelaki tersenyum lebar atas pelamin dapat kahwin kembar serentak, netizen perasan pengantin perempuan macam sedih

Lelaki tersenyum lebar atas pelamin dapat kahwin kembar serentak, netizen perasan pengantin perempuan macam sedih

 

 

 

 

 

Sebuah video memaparkan seorang lelaki di Indonesia tersenyum lebar selepas dikatakan mengahwini dua wanita secara serentak!

Kahwin 2 wanita serentak

Menerusi video yang dimuat naik oleh Viral Yes di Instagram, memaparkan seorang lelaki yang lengkap memakai sut bersama dua wanita mengenakan busana pengantin sedang duduk di atas pelamin.

Difahamkan, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Nanda bernikah dengan pasangan kembar iaitu Sella dan Selly pada Jun lalu.

Apa yang yang menarik perhatian warganet adalah reaksi pengantin lelaki yang dilihat tersenyum lebar dan ketawa gembira di samping dua pengantin perempuan tersebut.

Beristeri dua.

Dalam pada itu, kedua-dua pengantin perempuan kelihatan lebih senyap dan hanya mengukirkan senyuman ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung.

‘Suami ketawa tapi isteri masam je’

 

 

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan meraih pelbagai respon daripada warganet. Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang kerana risau lelaki berkenaan tidak mampu untuk berlaku adil dan memberi nafkah yang mencukupi.

Mampu ke nak bagi nafkah, takut nanti bila tak dapat bagi bercerai pulak,” kata pengguna @iamchikarahman89.

Suami ketawa, isterinya masam je muka,” kata pengguna @evizonora_75.

Anggap je lah tengah tengok drama sinetron,” kata pengguna @miny_meliana.

Tak patut untuk dicontoh,” kata pengguna @izza_furniture_jepara.

Bahagia betul lelaki tu tapi isterinya tak,” kata pengguna @hasnansamosir.

Sumber : viralyesBerita Hits