Lelaki telan telefon Nokia 3310, sanggup biarkan 4 hari dalam perut sebelum pergi jumpa doktor

Seorang lelaki berusia 33 tahun dilaporkan telah menelan sebiji telefon bimbit jenis Nokia 3310 dan membiarkan telefon berkenaan di dalam perutnya selama empat hari di Pristina, Kosovo.
Telan telefon bimbit jenis Nokia 3310
Skender Telaku yang mengetuai pasukan perubatan telah memuat naik beberapa foto di Facebook, memperlihatkan foto telefon bimbit berkenaan yang telah dikeluarkan serta gambar x-ray dan endoskopi.
Walau bagaimanapun, pasukan perubatan Skender telah berjaya mengeluarkan telefon berkenaan daripada perut lelaki itu melalui kaedah endoskopi tanpa sebarang komplikasi. Akibat saiznya yang terlalu besar menyebabkan kesukaran telefon tersebut tidak boleh dicerna.
Lebih mengejutkan lagi apabila sebenarnya ia boleh membahayakan nyawa kerana asid bateri itu bersifat menghakis dan boleh menyebabkan kebocoran di dalam perut.
Datang sendiri ke hospital sebab sakit
Menurut laporan media tempatan, lelaki berkenaan dikatakan telah datang ke hospital dengan sendiri kerana dia berasa sakit selepas menelan telefon terbabit.
Dalam pada itu, Persatuan Gastroenterologi Britain mengatakan bahawa kebanyakan benda asing yang ditelan akan keluar dengan sendiri secara normal.
Namun, terdapat 10 hingga 20 peratus kes seperti ini yang memerlukan kaedah endoskopi dan terdapat satu peratus yang memerlukan pembedahan atau rawatan komplikasi.
Duit syiling, butang baju, barang plastik, bateri dan tulang adalah benda asing yang kerap ditelan walaupun tidak sepatutnya.
Sumber : Skender Telaku , Metro.uk