Lelaki tangkap buaya guna tong sampah, “Dia patut masuk Discovery Channel…”

Mendiang Steve Irwin mungkin dikenali sebagai pemburu buaya, tetapi penduduk Florida juga memiliki kemahiran semula jadi dalam berdepan dengan reptilia tersebut memandangkan negeri Amerika Syarikat itu mempunyai banyak kawasan paya yang menjadi habitat buaya serta aligator.
Menemui buaya di hadapan rumah telah menjadi perkara biasa bagi penduduk Florida, menyebabkan mereka perlu mempunyai rancangan bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut dengan selamat.
Seperti yang ditunjukkan oleh seorang lelaki ini, dia mempunyai cara mudah dalam mengalihkan seekor buaya dari hadapan rumahnya. Video yang tular menunjukkan lelaki tersebut menggunakan tong sampah yang dibaringkan untuk memancing buaya berkenaan ke dalam, sambil disaksikan beberapa individu lain.
Bruh said by any means necessary.🤔😂 🐊 pic.twitter.com/V89Sy0auce
— J- 🌎✨ (@MajorFactor2) September 29, 2021
Ketika dia menolak tong sampah berkenaan ke arah buaya tersebut, haiwan itu berundur kerana tidak ingin masuk ke dalam. Lelaki berkenaan meminta orang-orang yang menyaksikannya untuk memberitahu jika buaya itu telah masuk agar dia dapat menutup penutup tong sampah berkenaan.
Sebaik berjaya memerangkap buaya itu, lelaki tersebut dengan berani mendirikan semula tong sampah itu dengan buaya di dalamnya, membuat orang ramai kagum.
“Lelaki ini adalah seorang hero…”
This man's a hero. https://t.co/9tSsLkce3Q
— ms. mitchie (@smartsuzysunset) September 29, 2021
“Dia patut masuk Discovery Channel…”
nigga deserve to be on the discovery channel https://t.co/dhxPJw8ArZ
— maybe: eli (@yourecooler) September 29, 2021
“Kesabaran, ketenangan, dan teknik. Semua tu sambil pakai selipar”
The patience. The poise. The technique. All while wearing slipper sandals. Get this man his own TV show. https://t.co/J9kkwqEhCl
— Tim Alberta (@TimAlberta) September 29, 2021