Lelaki nyanyi lagu Ismail Izzani dengan gaya arab bikin terhibur
Memori semasa zaman belajar dahulu tentunya adalah kenangan yang paling tidak dapat dilupakan dalam hidup. Sama seperti gelagat seorang lelaki ini yang cuba menghiburkan rakan-rakannya dengan menyanyikan lagu dari Ismail Izzani dengan gayanya yang tersendiri.
Bukan sahaja menghiburkan malah nyanyiannya ini juga sedap didengar apabila dia cuba menyanyikan lagu itu seperti lagu Arab. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini.
@sepocen rindu zaman kolej hahaha 😂#fyp #foryoupage
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat menyanyikan lagu itu semasa di sebuah acara yang dilakukan di kolejnya. Semasa yang lain sedang sibuk menjamu selera, lelaki itu menghiburkan yang lain dengan nyanyiannya itu.
Dia kemudiannya menyanyikan lagu ‘Luar Biasa’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Ismail Izzani. Namun apa yang menariknya, dia mengubah lagu itu dengan lenggok seperti lagu Arab sekaligus membuatkan yang lain terus berdekah mendengarnya.
Lebih melucukan, lelaki itu juga siap menyanyi sambil meletakkan mikrofon di bahagian dagunya dan bukannya di mulut. Gelagatnya itu turut membuatkan rakan yang lain berdekah melihatnya sebelum akhirnya lelaki itu berhenti menyanyi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat spontan dari lelaki ini. Malah ada juga yang berseloroh versi yang dinyanyikan oleh lelaki ini lebih sedap didengar berbanding versi asal yang dinyanyikan oleh Ismail Izzani.
“Mic letak dekat dagu.”
“Ustazah tajwid menangis melihat ini. Sedih anak muridnya guna ilmu salah tempat…”
“Lain macam.”
“Lagu dia bunyi-bunyi arab sikit…”