Lelaki ini berjaya pecah rekod, habiskan nasi kandar RM350 setalam dalam masa 1 jam
Kalau korang pergi Pulau Pinang, memang tak sah lah kalau tak pekena nasi kandar. Dekat Penang tu banyak kedai nasi kandar, cuma kena tahu je yang mana sedap dah mesra poket.
Lauk-pauk nasi kandar ni sebenarnya ada yang murah, dan ada juga yang mahal. Ikut poket sendiri nak belanja berapa banyak dan ikut kemampuan lah. Ada satu kedai nasi kandar yang cukup popular di Pulau Pinang yang menyediakan cabaran nasi paling mahal.
Sebelum ini, rekod yang dicatatkan di restoran itu adalah RM300. Terkini, rekod itu dipecahkan dengan harga RM350 untuk setalam nasi kandar.
Yang bestnya, si pemecah rekod berjaya habiskan setalam nasi kandar dalam tempoh 1 jam sahaja. Korang tengok lah video @nasikandarsulaiman di bawah ni.
@nasikandarsulaiman RM350🔥. Sepatah dua kata daripada record maker kita. #pulaupinang #malaysian #viral #penangfoodie #nasi #makananviral #mukbang #nasikandarmalaysia #penangfood #peniagakecil #nasikandarmalaysia #makan #tiktok
♬ original sound – NASI KANDAR SULAIMAN – NASI KANDAR SULAIMAN
Seram min tengok nasi kandar penuh setalam tu. Kalau tanya min, memang tak boleh lah nak habiskan sorang diri. Silap-silap panggil dua-tiga orang kawan pun struggle nak habiskan.
Kalau sebelum ni, rekod beliau telah dipecahkan oleh seorang infleuncer dari Singapura. Kali ini lelaki ini kembali untuk pecahkan semula rekod.
Biasa kalau makan nasi kandar, kuah campur tu mesti akan kena sikit dekat baju. Lagi-lagi kalau pakai baju cerah, memang nampak kesan kuah. Abang ni steady je pakai baju putih, tak takut kotor.Â
Memang betul-betul makan satu talam. Sampai licin habis semua nasi dan lauk. Tekak apa lah ni boleh masuk makanan banyak-banyak macam tu, memang gifted.Â
Mungkin jawatankuasa Olimpik boleh masukkan pertandingan ni. Ada banyak je pencabar dari serata dunia yang boleh makan banyak.Â