Lelaki hampir maut akibat sesak nafas dibelit ular sawa yang ditagkapnya

Lelaki hampir maut akibat sesak nafas dibelit ular sawa yang ditagkapnya

 

 

 

 

 

Seorang lelaki di Indonesia mengalami detik cemas selepas dililit oleh ular sawa sehingga menyebabkannya sukar untuk bernafas.

Memetik laporan Suara.com, kejadian malang itu bermula apabila lelaki tersebut berjaya menangkap ular sawa besar yang memasuki rumahnya.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat berjalan keluar dari rumahnya sambil lehernya dililit oleh ular tersebut.

Dia dilihat berkali-kali cuba untuk meleraikan lilitan ular itu tetapi gagal sehingga dia akhirnya terhuyung-hayang dan rebah ke tanah.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila seorang wanita menjerit histeria selepas melihat kejadian itu.

Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita yang memberanikan diri untuk cuba melepaskan lilitan ular tersebut menggunakan kain putih.

Namun, dia menjadi panik setelah melihat keadaan lelaki itu dan berlari ke arah jalan raya untuk meminta pertolongan.

Selepas itu seorang lelaki datang untuk membantu dan akhirnya lilitan ular tersebut berjaya dilepaskan.

Mangsa yang rebah juga telah sedar dan bertindak menangkap ular berkenaan agar tidak membahayakan penduduk lain.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton ribuan kali dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

“Ular itu tidak berbisa tetapi lilitannya boleh membawa maut,” kata seorang netizen.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)