Lee Zii Jia raih mata pertama untuk negara dalam final BATC

Lee Zii Jia raih mata pertama untuk negara dalam final BATC

Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama untuk Malaysia dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas menumpaskan pemain dari Indonesia, Dwi Wardoyo Chico Aura  dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi.

Menurut ciapan terkini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Twitter, Lee Zii Jia mengalahkan Chico menerusi rubber set iaitu dengan mata 14-21, 21-12, dan 21-10.

Walaupun tewas pada set pertama, Zii Jia kembali bangkit dan berjaya mengheret permainan ke set penentuan. Dia seterusnya menunjukkan aksi yang terbaik untuk menewaskan Chico dan memberikan mata pertama untuk Malaysia.

Perlawanan akhir itu masih lagi sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam ketika ini. Berita lanjut menyusul.