Lebih sebulan bertarung nyawa, abang arwah Siti Sarah pulih Covid-19
Selepas lebih sebulan bertarung dengan Covid-19 tahap lima di Hospital Serdang, abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ahmad Firdous semakin pulih dan sudah dibenarkan pulang ke rumah, semalam.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, abang sulung arwah Siti Sarah itu bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga setelah melalui pengalaman yang pasti menjadi mimpi ngeri.
Dengan izin Allah saya pulang
Alhamdulillah di rumah
Selain itu, Ahmad Firdous juga memberi ucapan terima kasih kepada semua yang sudi menitipkan doa serta petugas kesihatan yang bertungkus-lumus bagi menyelamatkan nyawanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur selain berharap agar Ahmad Firdous terus menjaga kesihatan diri disamping keluarga.
Ibarat peluang kedua
Moga terus sihat
Bagaimanapun, ada juga seorang individu bertanya mengenai suntikan vaksin Covid-19. Ini kerana warganet mendakwa telah ‘selongkar’ status lama milik Ahmad Firdous di Facebook berhubung perkara tersebut.
Nak cucuk vaksin tak?
Isu tular sebelum ini
Terdahulu, menerusi laporan media, Ahmad Firdous dan isterinya Linda Omar dilaporkan positif Covid-19 kira-kira empat hari selepas arwah Siti Sarah dan keluarga positif wabak berkenaan.
Sumber: Facebook Ahmad Firdous Raissuddin , Twitter @lilacfla