Lalui detik cemas, kepala tersangkut celah eskalator bikin pengunjung “Mall” panik

Lalui detik cemas, kepala tersangkut celah eskalator bikin pengunjung “Mall” panik

Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang memaparkan seorang lelaki tersepit di eskalator sehingga membuatkan pengunjung pusat beli-belah panik.

Memetik laporan Kumparan, video tersebut telah dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Teddy Yap pada Khamis lalu.

Menerusi video yang berdurasi kurang dari seminit itu, kelihatan empat orang individu berkumpul di eskalator untuk membantu lelaki itu. Kepala lelaki tersebut telah tersangkut di antara pemegang eskalator dan dinding di sebelahnya.

Melihat keadaan itu, eskalator tersebut telah dimatikan dan pengunjung lain yang berada di situ cuba untuk membantu menarik keluar kepala mangsa namun gagal pada awalnya.

Gambar Via Kumparan

Namun, kira-kira 10 orang pengunjung pada ketika itu menolak pegangan getah pada eskalator untuk memberi ruang kepada kepala mangsa dan akhirnya ia berjaya dikeluarkan.

Kedengaran suara seorang wanita yang menjerit “Allah Maha Besar!” apabila lelaki itu berjaya diselamatkan.

Difahamkan, kejadian itu telah berlaku di pusat beli-belah Mangga Dua, Jakarta Pusat. Bagaimanapun, punca kejadian dan bagaimana ia berlaku tidak dinyatakan.

https://www.instagram.com/reel/CYEJjt5jNAd/?utm_medium=copy_link

 

Sumber: Kumparan.com