Lakukan aksi gymnastic depan juri, peserta uji bakat Pencarian Wanita Melayu dikecam
Pelbagai program pencarian bakat kerap dilakukan untuk anak-anak muda menunjukan kebolehan mereka kepada umum.
Dari program nyanyian, medeling, lakonan, lawak dan segala jenis bakat yang boleh diketengahkan telah diadakan sebagai salah satu platform anak-anak muda menonjolkan diri ke arah yang lebih positif.
Cari wanita Melayu katanya
Salah satunya adalah program Pencarian Wanita Melayu yang telah diadakan di Plaza Shah Alam dengan para wanita muda menghadiri uji bakat untuk menunjukan kebolehan serta kepintaran mereka bagi menjadi sebahagian daripada deretan peserta yan akan terpilih.
Walau bagaimanapun, salah satu video yang dikongsikan di laman TikTok Plaza Shah Alam telah menarik perhatian ramai apabila seorang wanita yang mengikuti uji bakat telah menari sambil melakukan gymnastic.
Tak ada kemelayuan langsung
Aksinya menari mengikut rentak lagu Disney yang berdurasi 15 saat itu telah menuai pelbagai komen lebih-lebih lagi melihat dirinya yang tampil berhijab.
Jelas sekali aksi yang ditunjukan tidak menunjukan ‘kemelayuan’ memandangkan wanita Melayu kerap dikaitkan dengan kesopanan serta menjaga tingkah.
“Dah elok bertudung, dikangkangnya depan juri”
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada netizen merasakan aksi tariannya tidak sesuai memandangkan wanita itu bertudung dan nama program yang sedang diikuti juga adalah merujuk kepada ‘Melayu’.
Ada diantara mereka berseloroh mengatakan yang wanita terbabit seperti salah menyertai program kerana tidak mengambarkan nama program tersebut.
Mana Melayunya?
Sejak bila tarian irama Melayu dah bertukar
Salah masuk uji bakat ke?
Sumber: TikTok @plazashahalam